SMK PEKULA JAYA
08600 TIKAM BATU, SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN
1.0 PENDAHULUAN
Menyedari hakikat bahawa berlakunya tsunami pada 2004 yang menjejaskan kawasan pantai negara kita Malaysia amnya dan kawasan Kuala Muda Kedah yang paling hampir dengan persekitaran SMKPJ, maka masyarakat SMKPJ terpanggil untuk turut serta menyertai dan meyemai semangat cintakan alam sekitar.Menyedari bahawa bukan semua pelajar mempunyai kecenderungan dan minat yang sama dalam bidang koakademik, selain ada yang lebih cenderung dan berminat kepada alam sekitar, pihak sekolah amat yakin program ini dapat mengisi ruang masa kebanyakan murid-murid yang dihabiskan tanpa sebarang manafaat. Program ini mempunyai potensi yang besar dalam memupuk semangat cintakan alam sekitar dan negara. Maka dengan itu, pihak sekolah telah mengambil langkah menyediakan pembelajaran alternatif di luar bilik darjah dengan tujuan memberi pendedahan murid menerokai dan mengalami sendiri pengalaman tersebut.
2.0 MATLAMAT
Menampung masa luang yang ada dalam kalangan murid-murid terutamanya pada waktu cuti dan masa senggang selain melibatkan diri aktif dalam isu alam dan kemasyarakatan secara berterusan .
3.0 OBJEKTIF
3.1. Memberikan kesedaran awal berkaitan pentingnya menjaga kawasan persekitaran.
3.2. Mengelakkan kes-kes merempit ,melepak dan sebagainya kerana mereka tidak
mempunyai kemampuan aktiviti yang membantu pemkembangan kendiri murid.
3.3. Menggilap potensi, bakat, kebolehan dan keupayaan pelajar dalam koakademik.
3.4 Mendedahkan murid menyumbang tenaga dalam masyarakat setempat.
4.0 AGENSI TERLIBAT
4.1. PIBG, SMKPJ
4.2 Jabatan Perhutanan KMY Sungai Petani
4.3 Jabatan Alam Sekitar Sungai Petani
4.4. MPSP Sungai Petani
4.5. NGO dan Mangrove Friends Sungai Petani
5.0 KUMPULAN SASARAN
5.1 Pelajar lelaki dan perempuan dari Tingkatan 5 dan 4 Geografi serta pelajar-pelajar Kelab Geografi
dan Alam Sekitar serta Kelab Sains SMKPJ
6.0 JANGKA MASA PROGRAM
Tempoh 2013 hingga 2018
6.1 Setiap hari khamis minggu persekolahan (kecuali hari cuti atau minggu peperiksaan)
6.2 Cadangan masa aktiviti : 3.30 pm
6.3 Jadual perlaksananaan akan dilaksanakan mengikut takwim yang dikeluarkan oleh
Jawatan kuasa program.
7.0 KEPERLUAN PROJEK
7.1 Tenaga Pengajar /Fasilitator
Penyediaan tapak bakau
Penyediaan benih bakau
Penanaman bakau
Penyelenggaraan pokok bakau dan hal lain berkaitan
7.2 Pembahagian Kumpulan
Pelajar dibahagikan kumpulan mengikut nama spesies bakau
7.4 Kewangan
Peruntukan PIBG SMK Pekula Jaya
Peruntukan Jabatan Perhutanan
Lain-lain agensi berkaitan
8.0 Penutup
Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program yang dicadangkan dapat memberi manfaat sebenar kepada murid-murid yang mengikuti program ini dapat mengisi masa lapang secara bermanafaat dan dapat melihat masa depan alam sekitar lebih mapan. Segala bentuk kerjasama yang telah dan akan diberikan amatlah dihargai demi anak-anak bangsa dan negara tercinta.
No comments:
Post a Comment